Alam Sekitar – Apa itu Alam Sekitar ? (Definisi dan Makna)

Apa itu alam sekitar?. Di sini kita dapat menterjemahkan alam sekitar itu dengan 2 perkataan berbeza. Alam merupakan bermaksud keseluruhan kawasan dan keadaan. Alam juga melibatkan semua jenis hidupan, keadaan sesuatu  benda  (contohnya cuaca) dan juga benda yang tidak hidup. Kedua adalah “Sekitar”. Maksud lain bagi sekitar ialah sekeliling, berdekatan. Jadi  dua perkataan ini membawa maksud Keadaan kawasan di sekelilig kita.

British Environment Protection Act 1990 menyatakan bahawa alam sekitar merangkumi semua atau satu daripada komponen air, udara dan tanah. Penyataan ini juga disebut di dalam EU Economic Community 1967 di mana alam sekitar ialah air, udara dan tanah dan perhubungan sesama komponen dan semua jenis hidupan.  Sadashiavan, 2012 menulis bahawa alam sekitar ialah alam sekitar merupakan keadaan di dalam atmosfera atau keadaan untuk hidup.

Daripada ketiga-ketiga penyataan tadi, alam sekitar terdiri daripada tiga komponen penting iaitu air, udara dan tanah. Ketiga – tiga komponen ini saling memerlukan satu sama lain, di mana sekiranya tiada air, maka hidupan air semua tidak wujud, dan hidupan darat akan mati kerana tiada air manakala sekiranya tiada darat, tiada pula pokok untuk menhasilkan udara dan tiada pula hidupan darat yang wujud dan sekiranya tiada udara, semua hidupan di bumi akan mati.

Definisi alam sekitar tidak terhad kepada air, udara dan tanah sahaja. Sadashiavan, 2012 seterusnya menyambung bahawa alam sekitar juga terdiri kepada positif dan negatif . Contohnya, hujan  dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan cahaya matahari dilihat sebagai sesuatu positif. Kedua-dua saling berhubungan untuk mengimbangi satu sama lain. Terlalu banyak hujan akan menghasilkan banjir manakala terlalu banyak cahaya matahari menyebabkan kemarau. Contoh yang lain ialah cas positif dan negative juga adalah penting untuk menjanakan elektrik dan hujan.

Dengan ini, makna alam sekitar tidak terhad kepada satu-satu benda  sahaja (contohnya; kebanyakan kita menganggap alam sekitar ini pokok sahaja, manakala faktor – faktor lain seperti air, udara tidak diambil kira).  semoga kita semua memperluaskan lagi perspektif kita terhadap alam sekitar  untuk pencegahan ,pemulihan dan menjaga alam sekitar di masa hadapan.

KESIMPULAN

-          Alam sekitar ialah semua keadaan di sekeliling kita.

-          Komponen penting alam sekitar ialah air, udara  dan tanah.

-          Keseimbangan penting di dalam penjagaan alam sekitar.

-          Definisi alam sekitar adalah tidak terhad kepada sesuatu.

-          Definisi alam sekitar untuk motivasi atau ekonomi berlainan

-          Dengan meluaskan pandangan, inovasi alam sekitar terbuka.

 

HomeLihat Artikel Seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...