Hikmah Bulan Puasa

4 Hikmah Bulan Puasa Ramadan Kepada Alam Sekitar

(Sumber Dari Photopin.com)

Ramadan – bulan di mana seluruh umat islam menjalani ibadah puasa. Bulan ramadan dikatakan bulan rahmat bagi muslim dan muslimat di mana kita semua bersungguh-sunguh melakukan ibadah di samping menahan diri dari lapar dan dahaga serta hawa nafsu. Namun begitu, apakah hubungkait diantara Ramadan dan alam sekitar? Beberapa hikmah bulan puasa ramadan dapat diambil oleh kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Belajar Untuk Jimat

Di masa sekarang, krisis air telah hebat diperkatakan terutamanya di negeri Selangor, di mana loji rawatan air beroperasi lebih pada tahap maksima, bulan Ramadan datang sebagai penyelamat di mana secara tak langsung penggunaan air akan berkurangan sewaktu Ramadan dan membolehkan kita semua menikmati air tanpa gangguan.

Pembuangan Sampah Berkurangan

Dikatakan setiap hari kita membuang sampah dalam 0.8 kg di mana kebanyakan sisa sampah ini adalah sisa makanan, namun di bulan Ramadan ini, waktu makan kita berkurangan kepada 2 sahaja iaitu sahur dan berbuka, seterusnya mengurangkan lagi penghasilan sampah. Nampak kecil, tetapi apabila beribu orang melakukan perkara yang sama,tempoh hayat tapak perlupusan sampah dapat dipanjangkan seterusnya mengurangkan lagi pembukaan tapak – tapak perlupusan sampah yang baru.

Pencemaran Udara Dapat Dikurangkan

Di bulan Ramadan, kita mengurangkan aktiviti luar dan banyak menghabiskan masa di dalam pejabat atau rumah, dan jarang menggunakan kenderaan untuk keluar (mungkin hanya ke bazaar Ramadan sahaja) tapi tahukah kita bahawa kenderaan adalah punca pencemaran udara yang utama? Kurangnya penggunaan kenderaan akan mengurangkan penghasilan karbon monoksida yang menyumbang kepada kesan pemanasan global.

Bersyukur

Di sesetengah kawasan, keadaan alam sekitar tidak sebaik apa yang kita ada sekarang. Ada yang menghadapi kemarau, ada yang mengalami hujan lebat, dan keadaan ini menyukarkan mereka untuk hidup. Bersyukurlah, kerana kita masih mempunyai air dan makanan mencukupi serta persekitaran yang jauh lebih baik daripada mereka di negara luar sana.

(Sedang penulis menulis entry ini, negara –negara di benua afrika terutamanya Somalia sedang menghadapi kemarau, ini tidak termasuk negara yang sedang berperang seperti Syria, dan mereka yang tertindas seperti kaum Rohingya di Myanmar dan Palestin. Bersyukur dengan apa yang ada)

 

HomeLihat Artikel Seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...