Hutan Paya Bakau

Hutan Paya Bakau

Hutan paya bakau merupakan hutan yang wujud di kawasan perairan masin atau di penghujung sungai. Hutan paya bakau ini berfungsi sebagai satu pelindung kepada kepekatan air garam, lumpur dan haba yang boleh membunuh haiwan dan tumbuhan. Hutan paya bakau juga menyediakan satu habitat bagi haiwan seperti burung, ular, buaya dan kerang – kerangan. Hutan paya bakau juga berfungsi sebagai pelindung daripada hakisan tanah daripada arus ombak. Terdapat lebih 70 spesis paya bakau dan kebanyakannya tumbuh di kawasan asia tengara di mana ia mengalami iklim tropika yang mengalami hujan yang kerap. Selain itu, hutan paya bakau menjadi sumber untuk kayu api dan log kayu yang akan diproses sebagai perabut atau bahan binaan rumah. Hutan paya bakau ini hanya wujud di perairan air masin, kerana paya bakau mempunyai tumbesaran yang perlahan berbanding tumbuhan air tawar dan tidak mampu bertahan dengan kulat dan bakteria di air tawar (naturia,2012).

Kepentingan hutan paya bakau ini dapat dilihat ketika kejadian tsunami 2006, di mana Bangladesh yang mempunyai hutan paya bakau yang terbesar di dunia hanya mengalami kesan minimum daripada ombak yang kuat. Daripada tahun 1980 hingga 2005, sebanyak 35600 km2 kawasan hutan paya bakau telah hilang daripada dunia (ITTO, 2010). Ini telah menyebabkan kehilangan habitat bagi hidupan darat dan air. Kehilangan kawasan hutan paya bakau ini juga akan memburukkan lagi kesan ombak kuat, taufan di kawasan berhampiran laut.

Usaha penanaman semula paya bakau dan pemuliharan hutan paya bakau giat dijalankan di kebanyakan negara. Selepas kejadian tsunami pada tahun 2004, kerajaan Malaysia telah menanam kembali sebanyak 5 juta pokok paya bakau sebagai pelindung untuk kejadian tsunami yang akan datang (People’s Daily, 2009) di samping menjadi menghalang hakisan ombak.

Pemuliharan dan pemeliharaan hutan paya bakau adalah penting, kerana hutan paya bakau bukan sahaja bertindak menjadi pelindung daripada ombak dan habitat untuk haiwan, malah ia juga bertindak untuk mengurangkan lagi karbon dioksida di atmosfera melalui proses fotosistesis. Menghadkan pembangunan di kawasan berdekatan hutan paya bakau serta mewartakan hutan paya bakau sebagai hutan simpan adalah salah satu cara untuk pemeliharaan hutan paya bakau. Selain itu, kempen kesedaran kepada umum melalui media massa juga boleh mencegah kemusnahan hutan paya bakau di masa hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...