Pencemaran – Makna, Definisi, Maksud

Pencemaran – Makna, Definisi, Maksud

Apa itu Pencemaran? Apabila kita memikirkan tentang pencemaran, kita terus memikir tentang asap yang keluar daripada kilang, atau sungai yang tercemar oleh sisa toksid. Seterusnya kita akan menjawab pencemaran adalah sesuatu yang datang daripada bahan pencemar. Tetapi apa yang “sesuatu” yang dicemarkan oleh bahan pencemar?

Pencemaran boleh dimaksudkan adalah ganguan terhadap kita dan sekeliling kita. Bayangkan apabila ada pembinaan yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Bunyi yang kuat daripada pembinaan itu akan mengganggu kualiti hidup kita. Kita juga melihat berita di televisyen, nelayan mengadu bahawa hasil tangkapan mereka berkurangan kerana sisa buangan oleh kilang. Daripada kedua-dua contoh tadi, adalah jelas pencemaran adalah gangguan.

Holdgate, 1979 mendefinisikan pencemaran adalah aktiviti manusia kepada alam sekitar yang memberi impak kepada hidupan dan ekosistem. Di sini kita melihat kenapa pencemaran adalah aktiviti manusia? Melalui maksud umum, pencemaran ialah sesuatu yang dicemarkan oleh bahan pencemar, kita harus memikirkan siapa yang menyebabkan bahan pencemar itu? Di dalam dunia ini, manusia mendominasi segala aktiviti yang melibatkan alam sekitar. Kenyataan ini disokong oleh jurnal Science, 1997 yang menyebut dominasi manusia di dalam ekosistem bumi.

Miller, 2010 membahagikan pencemaran kepada dua iaitu “Point Source” dan “Non-Point Source”. Point source adalah sumber pencemaran secara langsung, sebagai contoh, kita dapat melihat debu yang dihasilkan di kuari perlombongan manakala Non-point source adalah sumber yang secara tidak langsung. Misalnya, racun serangga yang digunakan oleh petani dibawa oleh air hujan jauh kepada air bawah tanah dan sungai, walaupun ianya hanya digunakan kepada pokok sahaja. Secara mudah, kita dapat mengetahui bahawa point source ialah asal pencemaran yang kita dapat lihat dan non-point source adalah sebaliknya.

Pencemaran juga tidak akan dianggap “pencemaran” oleh sesetengah pihak sekiranya aktiviti yang menjerumus kepada pencemaran membawa kelebihan. Sebagai contoh, sumber pencemaran itu adalah kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di satu kawasan. Namun, Hill, 2010 memberitahu bahawa dengan duit, kita mengabaikan pencemaran tetapi kita terlupa akan kebergantungan kita kepada alam sekitar.

HomeLihat Artikel Seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...